Isnin, 17 November 2014

SUB-STRUKTUR





Substruktur adalah binaan paling penting demi memastikan keutuhan banngunan. Berikut merupakan gambaran apabila kegagalan dalam rekabentuk pembinaan asas.







sumber accelerateddevelopment.ca & lehighcee1.wordpress.com

Menakutkan bukan? Superstrukturnya kuat tetapi substrukturnya gagal.

 
Secara amnya, substruktur adalah binaan dibawah permukaan tanah. Ia boleh dibahagikan seperti berikut.




Asas

Asas adalah satu struktur yang dibuat untuk membahagikan beban banguna kepada bumi. Ciri-ciri pemilihan asas adalah seperti berikut.

  1. Beban binaan
  2. Daya galas tanah
  3. Jenis tanah
  4. Keluasan bangunan
  5. Ekonomikal


Untuk menentukan jenis asas yang perlu digunakan, beberapa jenis ujian perlu dilakukan untuk mendapatkan kemampuan tanah. Maka antara ujian yang akan dilakukan adalah Boring test dan Probe Mackintosh. Antara dapatan kajian yang diperoleh adalah jenis lapisan tanah, kepolosan tanah, kedalaman jenis lapisan tanah dan lain-lain lagi.

 

Ahad, 9 November 2014

Saliran Terbuka -Aliran Seragam-

Aliran Seragam bermaksud aliran yang mengalir secara seragam tanpa berlakunya perubahan kedalam. Perubahan kedalaman tidak berlaku kerana pengaruh jarak atau pengaruh masa..Lebih mudah disebut dy/dx = 0 (jarak) atau dy/dt = 0 (masa).

sumber ecourses.ou.edu
 sumber wegc203116.uni-graz.at

Perhatikan pada nilai y pada rajah 1. y1 = y2. Maka ia dipanggil aliran seragam. Kebiasaannya, aliran seragam berlaku di dalam saluran yang dibuat oleh manusia.

secara mudahnya, luas keratan rentas saluran tersebut adalah sama di sepanjang saluran tersebut.



sumber www.fao.org

Di atas adalah contoh keratan rentas sebuah saliran. Di dalam pelajaran seterusnya. Kita akan mencari luas keratan rentas tersebut. Keratan rentas memiliki beberapa bentuk terutamanya segiempat, segitiga, trapezoid, dan bulatan tidak penuh.

Kita akan mencari luas A, perimeter basah P, panjang bukaan T, nisbah kedalaman R, dan luas terhadap panjang kedalaman D.

 Berikut formula dalam jadual.



Hidraulik Saluran Terbuka dengan Penggunaan Komputer (+disket),Amat Sairin Demun

Mari kita lihat apa itu B, Y, Z dan D dalam jadual diatas.

B=lebar lantai

Y=kedalaman

Z=nilai nisbah horizontal apabila vertical = 1.

 Kadangkala z boleh didapati dari sudut horizontal menggunakan fomula berikut.


D= diameter bulatan. 

Nisbah kedalaman

 Untuk mendapatkan nisbah kedalaman, luas A perlu dibahagikan dengan perimeter basah P. 
maka 

R=A/P

 Luas terhadap panjang kedalaman D

 untuk mendapatkan D,

D=A/T


Contoh

Cari Nisbah kedalaman R, berikut 


Bentuk adalah Trapezoidal

Diberi 
B=3m
y=2m
z=1/tan60=0.5774

Luas = BY+Z(Y^2)
 = 3(2)+0.5774(2^2)
= 6+2.3096
=8.3096m2

P=B+2Y((1+(z^2))^1/2)
=3+2(2)((1+(0.5774^2))^1/2)
=7.6189m

R=A/P
= 8.3096/7.6189=1.0907m

Rabu, 5 November 2014

Kejuruteraan Awam

Kejuruteraan Awam adalah satu cabang kejuruteraan yang merangkumi pembelajaran bagi semua kejuruteraan jenis kejuruteraan asas. Blog ini diwujudkan untuk menceritakan topik-topik berkaitan kejuruteraan awam bagi panduan pelajar kejuruteraan awam dari peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Plaza Tol Bandar Cassia merupakan sebab kenapa saya merasai Kejuruteraan Awam ini satu bidang yang sangat mengagumkan. Saya pernah bekerja diatas binaan ini sebagai buruh elektrik.



  Seorang jurutera yang hebat adalah jurutera yang mampu membuat keputusan yang tepat, menjimatkan kos dan menyelamatkan nyawa. Satu doktor, gagal dalam pembedahannya, menyebabkan seseorang itu mati tapi seorang jurutera gagal didalam rekabentuknya, menyebabkan ribuan orang boleh mati.